Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

LAWATAN TAPAK KE SEKITAR TAMAN MELAWATI SELANGOR

Lawatan tapak oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor telah diadakan pada 18 Jun 2020 di sekitar Taman Melawati Selangor.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri situasi semasa isu aduan di samping mengadakan perbincangan dengan pihak yang terkesan dengan isu tersebut, agar permuafakatan tindakan dapat dicapai dengan sebaiknya.

Sesi lawatan diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut dihadiri oleh Pengarah, Jabatan Bangunan dan Seni Bina, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta pegawai dari kedua-dua agensi.

 

LAWATAN KERJA MITSUBISHI RESEARCH INSTITUTE KE BPA

Delegasi Mitsubishi Research Institute mewakili Ministry of Internal Affairs and Communications, Japan telah mengunjungi Biro Pengaduan Awam (BPA) pada 5 Februari 2020. Lawatan ini diketuai oleh Mr. Tomoaki Hirose bersama 3 pegawai.

Lawatan ini bertujuan mengetahui peranan BPA, kaedah pengurusan aduan yang dikendalikan dan kerjasama BPA antara institusi Ombudsman di negara lain.

TAKLIMAT PENGENALAN KEPENGGUNAAN KAMERA DIGITAL BERSAMA WAKIL CANON

Taklimat Pengenalan Kepenggunaan Kamera Digital Canon telah diadakan di Aras 3, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya pada 7 Februari 2020.

Tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan terkini mengenai tatacara penggunaan kamera digital Canon.

Seramai 13 peserta dari Biro Pengaduan Awam (BPA) Ibu Pejabat menghadiri taklimat ini. Penceramah jemputan dari Canon, Encik Shukri Azri bin Sulikin dan Encik Kik Hoong Huat telah menyampaikan taklimat tersebut.

INTERNATIONAL SEMINAR COMMEMORATING 20TH ANNIVERSARY OF THE ESTABLISHMENT OF THE THAI OMBUDSMAN AND SIGNING SEAOF

Biro Pengaduan Awam (BPA) telah mewakili Malaysia di International Seminar Commemorating 20th Anniversary of the Establishment of the Thai Ombudsman and Signing Ceremony for the Memorandum of Intent of the South East Asian Ombudsman Forum (SEAOF) di The Athenee Hotel Bangkok dari 10 hingga 15 Februari 2020.

Seminar ini bertemakan “Ombudsman in a Changing World: Resilience amidst Challenges” bertujuan untuk meningkatkan kerjasama serantau dari aspek tadbir urus yang berkesan dalam pentadbiran awam.

YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA diberi penghormatan sebagai moderator untuk sesi " Increasing role of social media: pros and cons for Ombudsman institutions".

SESI MEJA BULAT JPIPERKASAA PBT SELANGOR BERSAMA BPA SELANGOR

Sesi meja bulat Jawatankuasa Penyelarasan Integrasi dan Pemerkasaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (JPIPerkaSAA) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor telah diadakan pada 5 Februari 2020.

Sesi ini dihadiri oleh Puan Wahidawatie binti Misdi, Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor, Puan Azura binti Mohd Aris, Ketua Unit Teknologi Maklumat BPA Putrajaya dan para pegawai aduan dan teknologi maklumat dari 12 PBT Selangor, Bahagian Korporat serta Bahagian Teknologi Maklumat, SUK Selangor.

LIBAT URUS BPA SARAWAK BERSAMA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Sesi libat urus Biro Pengaduan Awam (BPA) Sarawak bersama pihak Kerajaan Negeri Sarawak melalui Unit Kerjasama Awam Sarawak (UKAS) dan Pihak Talikhidmat Sarawak bagi membincangkan kaedah penyelesaian yang lebih efektif bagi menyelesaikan aduan yang tertunggak di bawah seliaan Kerajaan Negeri Sarawak telah diadakan pada 6 Februari 2020.

Sesi ini memberi peluang dan ruang kepada BPA Sarawak untuk berkongsi idea, menghuraikan elemen penyiasatan yang lebih proaktif dan berkongsi pendapat dalam menguruskan sesuatu aduan di bawah agensi Persekutuan.

LAWATAN PIHAK PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KE BPA

Sesi lawatan pihak Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPUM) ke Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diadakan di Aras 6, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya pada 10 Februari 2020.

Fokus lawatan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan kesesuaian penggunaan SISPAA di PPUM.

Sesi mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamed bin Buang, Pengarah, Bahagian Aduan BPA dan dihadiri oleh 7 pegawai dan kakitangan PPUM.

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK NEGERI SABAH

Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB), Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah, Bil.1 Tahun 2020 diadakan di Perkarangan Menara UTC Kota Kinabalu pada 19 Januari 2020.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat