Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

LIBAT URUS BPA BERSAMA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

View Service

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PENGADUAN AWAM (JKTPA) TAHUN 2020

View Service

SESI LATIHAN SISPAA KEPADA KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

Sesi latihan sistem pengurusan aduan awam (SISPAA) oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/N.Sembilan kepada pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) diadakan dari 26 hingga 28 Ogos 2020. Pelaksanaan SISPAA di MBS dijangka go live pada 1 September 2020.

Taklimat disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohd Shahril bin Harun, Pengarah, BPA Melaka/N.Sembilan.

BENGKEL SISPAA DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT

Bengkel Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah diadakan dari 17-18 Ogos 2020 di Kolej Komuniti Jerantut.

Taklimat disampaikan oleh YBs. Tuan Mohd Fadzlee bin Mat Yassin, Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang dan dihadiri seramai 15 peserta.

 

SESI PENERANGAN INTEGRASI SISPAA DAN I-TEGUR OLEH BPA NEGERI MELAKA

View Service

LIBAT URUS BPA BERSAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA MALAYSIA (MOTAC)

Sesi Libat Urus Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Istana Budaya telah diadakan pada 1 September 2020.

Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi membincangkan aduan berkaitan isu tadbir urus. Sesi ini diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut dihadiri oleh pegawai dari pihak yang terlibat.

 

KUNJUNGAN HORMAT MAMPU SABAH KE BPA SABAH

Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Sabah pada 19 Ogos 2020.

Dalam kunjungan tersebut BPA Sabah dipilih sebagai rakan strategik bagi pelaksanaan Program Inspektorat Kendiri Sektor Awam Sabah (IKSAS).

 

INTEGRASI SISPAA, PUTRAJAYA MOBILE APPS DAN I-TEGUR

Sesi Libat Urus bersama pihak Perbadanan Putrajaya mengenai integrasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Putrajaya Mobile Apps dan i-Tegur telah diadakan pada 18 Ogos 2020 di Aras 2, Blok F10, Putrajaya.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Rathidevi a/p A. Ramasamy, Ketua Penolong Pengarah, Unit Aduan 5, Biro Pengaduan Awam (BPA), Ibu Pejabat dan turut dihadiri oleh pegawai dari kedua-dua agensi.

 

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat