Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2019

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 untuk pegawai dan kakitangan Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diadakan Aras 3, Blok F8, Putrajaya pada 22 Julai 2020.

Seramai 14 orang pegawai BPA telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2019. Mereka terdiri dari 3 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 11 pegawai dari Kumpulan Sokongan.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi serta warga BPA.

SESI LIBAT URUS BERSAMA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) DAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Sesi Libat Urus bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diadakan di Aras 3, Blok F10, Putrajaya pada 28 Julai 2020.

Sesi dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA) dan dihadiri oleh wakil KPWKM, JKM dan pegawai BPA.

 

 

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II KE PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) SARAWAK

Lawatan kerja rasmi YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak telah diadakan pada 10 Julai 2020. Salah satu pejabat yang dilawati adalah pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) Sarawak.

Ketibaannya disambut oleh YBrs. Tuan Stevincent Freddy, Pengarah BPA Sarawak. Turut menyambut kakitangan BPA Sarawak, Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak, wakil-wakil ketua jabatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak, Bank Simpanan Nasional (BSN) Sarawak dan lain-lain agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Semasa sesi lawatan beliau telah memberi pujian kepada BPA kerana banyak membantu orang awam dalam menyelesaikan masalah terutamanya isu Bantuan Prihatin Nasional di Sarawak.

PENUTUP PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DI PEJABAT BPA PERAK

Penutup Pengauditan Pengurusan Kewangan di pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) Perak telah diadakan pada 10 Julai 2020.

Sesi dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Elfian Satria bin Yaacob, Pengarah BPA Perak.

TAKLIMAT KHAS PERLUASAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA)

Taklimat Khas Perluasan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) sempena Persidangan Ketua-ketua Hakim Syarie seluruh Malaysia telah diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada 27 Julai 2020.

Sesi taklimat menerusi Skype for Business telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam.

 

 

BENGKEL KONFIGURASI SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) NEGERI PERAK

Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) negeri Perak diadakan dari 13 Julai hingga 17 Julai 2020 di pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak. Sesi ini melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta agensi di bawah SUK Perak.

Sesi konfigurasi dipecahkan secara berkumpulan mengikut PBT dan PDT berdasarkan norma baharu dan SOP yang telah ditetapkan. Pelaksanaan SISPAA ini dijangka go live pada 1 Oktober 2020.

Peluasan SISPAA di negeri Perak merupakan kerjasama di antara Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Pentadbiran SUK Perak.

SESI LIBAT URUS BPA MENGENAI PROJEK MENAIK TARAF RANGKAIAN PEMBENTUNGAN PAKEJ D44 (BUNUS)

Sesi libat urus Bil. 14/2020 oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor mengenai Projek Menaik Taraf Rangkaian Pembentungan Pakej D44 (Bunus) telah diadakan pada 10 Julai 2020.

Sesi dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan dihadiri oleh Puan Norsuhana binti Azman, Pengarah BPA Selangor, wakil-wakil agensi dari Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (Project Management Consultant) dan Puncak Niaga Construction Sdn. Bhd.

SESI TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) DI KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Sesi taklimat Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) kepada Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dan pengurusan tertinggi Mahkamah telah diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 10 Julai 2020.

Sesi taklimat disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohamed Faizal bin Buang, Pengarah Aduan BPA.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat