Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

SESI LIBAT URUS BERSAMA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)

Sesi Libat Urus bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berhubung isu Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah diadakan pada 6 Ogos 2020.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Zaharuddin bin Salim, Pegawai Perhubungan Awam (KPLB) dan dihadiri oleh pegawai dari Unit Aduan 5, Bahagian Pengurusan Aduan serta Unit Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat, Biro Pengaduan Awam (BPA).

SESI LIBAT URUS BPA BERSAMA PIHAK KTMB

Sesi Libat Urus bersama pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhubung isu pengadu tegar telah diadakan pada 6 Ogos 2020 di Aras 2, Blok F10, Putrajaya.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Meor Hijdayat bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Unit Aduan 3, Biro Pengaduan Awam (BPA), Ibu Pejabat dan turut dihadiri oleh pegawai dari KTMB.

 

 

MESYUARAT PENYELARASAN MAKLUMAT ADUAN BERKAITAN PROJEK PEMBANGUNAN KE DALAM PUSAT DATA PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA

BPA Melaka/N.Sembilan telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Aduan Berkaitan Projek Pembangunan ke Dalam Pusat Data Pembangunan Negeri Melaka pada 4 Ogos 2020 bertempat di Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Azizul Adzran Bin Mahmor, Pengarah Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO).Turut hadir ialah Puan S.Anuradah, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Tuan Fairuzan Abdul Majid, Pegawai Penerangan, BKK.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mendapat sokongan dan maklumat daripada agensi yang menguruskan aduan mengenai isu-isu pembangunan Negeri Melaka bagi membantu MIMO membangunkan pusat maklumat pembangunan Negeri Melaka ke arah membangunkan Malacca Big Data pada masa depan.

 

LAWATAN TAPAK BPA SABAH KE DAERAH TENOM

Lawatan Tapak oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah telah diadakan di daerah Tenom pada 16 Julai 2020.

Sesi lawatan ini diadakan bagi menyelaraskan isu lampu jalan yang tidak berfungsi sejak tahun 2018.

Lawatan diketuai oleh YBrs. Tuan Clarence Runggi, Pengarah BPA Sabah dan turut dihadiri oleh pihak Lembaga Letrik Sabah (SESB) bersama pengadu yang terdiri daripada Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Majlis Pengurusan Komuniti.

 

SESI LIBAT URUS BPA SABAH BERSAMA JPN SABAH

Sesi Libat Urus Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) telah diadakan pada 6 Ogos 2020.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Clarence Runggi, Pengarah BPA Sabah dan turut dihadiri oleh pegawai dari JPN Sabah.

KURSUS ASAS PENGGUNAAN ADUAN AWAM BILANGAN 3 TAHUN 2020 DI INTAN BUKIT KIARA

Kursus Asas Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Bilangan 3 Tahun 2020 telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2020.

Seramai 16 orang pegawai penyelaras aduan daripada 9 agensi kerajaan telah menghadiri kursus ini.

Taklimat dan sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Nurhafizah binti Borhanuddin, Ketua Penolong Pengarah daripada Bahagian Pengurusan Aduan, Ibu Pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA).

SESI LIBAT URUS BPA SELANGOR MENGENAI PENGURUSAN ADUAN AWAM AGENSI

Sesi Libat Urus Bil. 15/2020 oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor mengenai Pengurusan Aduan Awam Agensi telah diadakan pada 13 Julai 2020.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut dihadiri oleh Puan Norsuhana binti Azman, Pengarah BPA Selangor, wakil-wakil agensi dari Jabatan Imigresen Negeri Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya serta Majlis Perbandaran Selayang.

 

SESI PEMUKIMAN PEMERKASAAN PENGURUSAN ADUAN AWAM BIL 1/2020

Sesi Pemukiman Pemerkasaan Pengurusan Aduan Awam Bil.1/2020 diadakan dari 20 hingga 23 Julai 2020 bertempat di Ibu Pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA), Blok F10, Putrajaya.

Objektif utama penganjuran sesi pemukiman ini adalah untuk memantapkan pengurusan kes aduan oleh pegawai penyiasat BPA.

Sesi dikendalikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan dihadiri oleh seramai 55 pegawai dan kakitangan BPA.

 

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat