Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

Takrifan Aduan

Aduan Awam adalah aduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap semua aspek pentadbiran Kerajaan termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan-keperluan awam yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.

Pengaduan awam meliputi semua aspek pentadbiran kerajaan termasuk agensi Kerajaan yang diswastakan.

 
Jenis-Jenis Aduan Yang Tidak Boleh Diterima

Perkara-perkara di bawah bidang kuasa: 
    1.  Jawatankuasa Kira-kira Awam 
    2.  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
    3.  Jabatan Bantuan Guaman 
    4.  Perkara berkenaan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan 
    5.  Masalah keluarga/Peribadi
    6.  Tuntutan Berbentuk 'Civil' antara individu/syarikat 


Jenis Aduan
 

Berikut adalah jenis-jenis dan contoh-contoh aduan yang boleh dikemukakan kepada Biro Pengaduan Awam untuk diambil tindakan:- 

 

1.  Kelewatan Atau Tiada Tindakan

  1. Jabatan Pendaftaran Negara yang berjanji akan menyiapkan Mykad dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan tetapi tidak menyiapkannya, tidak memberikan jawapan tentang permohonan kewarganegaraan.
  2. Jabatan Imigresen tidak memberi jawapan tentang permohonan permit kerja dan gantian pasport yang hilang.
  3. Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak membayar balik baki kredit cukai pendapatan dalam 2 bulan walaupun dijanjikannya.
  4. Polis tidak menyiasat tentang laporan-laporan yang dilakukan dengannya seperti kes ragut beg tangan, anjing berkeliaran dalam kawasan, kecurian rumah, kemalangan jalan raya dan penagih-penagih dadah yang menduduki rumah kosong.
  5. Polis tidak atau lewat kemukakan laporan polis mengenai kemalangan jalan raya.
  6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lewat meluluskan permohonan-permohonan untuk mengeluarkan caruman untuk membeli rumah, untuk pendidikan anak dan hilang upaya.
  7. KWSP dan PERKESO tidak mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang telah dibuat mengenai majikan-majikan yang tidak mencarum dengan KWSP walaupun potongan dilakukan dari gaji pekerja-pekerja.

 

2. Tindakan Tidak Adil

  1. Pejabat Tanah tidak memberi jawapan tentang kedudukan permohonan tanah, sama ada berjaya atau gagal.
  2. Bahagian Pencen tidak memberi jawapan tentang permohonan pencen.
  3. Majlis Perbandaran belum meluluskan permohonan pelan pembinaan bangunan yang lama dikemukakan, tidak/lewat mengeluarkan notis cukai pintu.
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak meluluskan permohonan bantuan kebajikan.
  5. PERKESO tidak membayar pampasan.
  6. Jabatan Perkhidmatan Awam dan PTPTN tidak memberi jawapan tentang permohonan biasiswa/pinjaman.

 

3. Kekurangan Kemudahan Awam

    Ketiadaan kemudahan awam yang dikehendaki oleh orang awam seperti balai polis, balai bomba, sekolah, tempat ibadat, pasar, bekalan air, tong sampah, telefon, bekalan elektrik,
    perkhidmatan bas, lampu jalan, lampu isyarat, bonggol, jalan tar dan padang permainan kanak-kanak.

 

4. Kepincangan Perlaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang-Undang

    Jabatan membuat keputusan atau bertindak dengan tidak saksama tentang satu permohonan yang tidak mengikut peraturan/undang-undang yang telah ditetapkan seperti Pejabat Tanah
    meluluskan permohonan tanah oleh seorang yang baru membuat permohonan dan sebaliknya menolak permohonan seorang lain yang telah mengusahakan tanahnya selama 15 tahun.

 

5. Salah Guna Kuasa/Penyelewengan    

  1. Ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan meminta wang sogokan atau pelinciran untuk meluluskan sesuatu permohonan.
  2. Pegawai-pegawai Majlis Daerah/Perbandaran/Dewan Bandaraya yang meluluskan permohonan pelan bangunan.
  3. Jurutera Daerah Kerja Raya yang memberi kontrak, tender projek, pembinaan jalan dan jambatan kepada kontraktor-kontraktor yang memberi beliau imbuhan dan komisen.
  4. Pegawai Imigresen yang meluluskan permit kerja dan lesen pembantu rumah dan pekerja-pekerja buruh asing .
  5. Pegawai Polis mengurangkan dan membatalkan saman dan kompaun trafik pihak- pihak bersalah yang memberinya duit kopi, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.

 

6. Salah laku Anggota Awam

  1. Pegawai dan kakitangan jabatan/agensi yang tidak/ kurang sopan, memaki orang awam, kasar dan berkelakuan buruk semasa berurusan dengan orang awam, sama ada melalui telefon ataupun bersemuka, cuai menjalankan tugas mereka, ponteng dari kerja semasa waktu kerja, datang lewat kerja dan balik awal, menjalankan perniagaan sendiri semasa waktu pejabat.
  2. Anggota di kaunter perkhidmatan seperti di Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Pendaftaran Negara, Balai Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan yang tidak melayan orang awam yang datang untuk berurusan dengan sopan, sombong, bersikap endah tak endah, tidak peramah, bersikap perkauman.

 

7.  Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan
     
     Pihak Berkuasa Tempatan, Polis DiRaja, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Alam sekitar (JAS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak menjalankan
     tugas mereka dengan bersungguh-sungguh dan teratur seperti yang ditetapkan. Contohnya:-

  1. Majlis Perbandaran tidak mengambil tindakan ke atas penjaja-penjaja tidak berlesen yang berniaga, pembinaan banguna-bangunan haram tanpa mendapat kebenaran Majlis Perbandaran.
  2. LPKP gagal mengambil tindakan ke atas pemandu teksi yang caj kadar teksi yang tinggi dan tidak mengikut meter.
  3. JPJ tidak bertindak ke atas pemandu-pemandu bas yang tidak mengikut laluan yang ditetapkan dalam lesennya.
  4. JAS tidak bertindak terhadap pemilik kilang-kilang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan udara dan membuangkan bahan-bahan dan sisa toksid merata-rata dan menjejaskan kesihatan orang ramai.
  5. Mahkamah sering menangguhkan perbicaraan kes dan lambat menetapkan tarikh perbicaraan kes walaupun kes sudah lama difailkan oleh peguam.

 

8.  Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter Dan Telefon

  1. Jabatan/Agensi kerajaan tidak menyelenggarakan perkhidmatan dan kemudahan awam dengan baik dan sempurna. Contohnya, Guru Besar Sekolah, Jabatan Pendidikan Negara/Daerah tidak memperbaiki sekolah yang rosak dan bocor semasa hujan.
  2. Jabatan Agama yang tidak menjaga kebersihan tempat ibadat.
  3. Majlis Daerah/Perbandaran tidak menjaga kebersihan pasar, membaiki jambatan yang tidak selamat, tidak menggantikan alat-alat permainan awam yang rosak, tidak membersihkan jalan-jalan, tidak mencuci longkang tersumbat dan penuh dengan sampah yang menyebabkan air tidak mengalir dan kemudian menjadi tempat pembiakan nyamuk, tidak membaiki lampu-lampu jalan yang tidak bernyala dan selalu rosak, tidak mengutip sampah sarap, tidak memotong rumput di padang-padang permainan.
  4. Guru-guru dan pengetua sekolah yang memukul murid-murid kerana kesalahan murid-murid atau tanpa sebab munasabah, doktor-doktor yang cuai semasa merawat pesakit-pesakit yang menyebabkan kecacatan dan kematian pesakit.

 

9.  Kegagalan Penguatkuasaan

  1. Kegagalan penguatkuasaan oleh Polis terhadap perlumbaan haram dan gejala penagihan dadah yang semakin membimbangkan orang ramai.
  2. Kegagalan penguatkuasaan oleh pasukan Polis terhadap kes kecurian dan kes ragut di kawasan kediaman.
  3. Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengambil tindakan walaupun banyak aduan telah dikemukakan mengenai bunyi bising yang disebabkan oleh kewujudan bengkel haram membaiki motosikal.

 

10. Pelbagai Aduan

Aduan yang luar daripada mana-mana kategori tersebut di atas

(Sila hubungi Ibu Pejabat BPA atau cawangan BPA yang berdekatan, sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau memerlukan maklumat/keterangan lanjut)

 

 

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat