Mesyuarat Ketersediaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Selangor untuk pengintegrasian, penambahbaikan dan perluasan telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 28 September 2020.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Nor Azurah binti Nasir, Setiausaha Bahagian (SUB) Korporat, SUK Selangor dan dihadiri oleh Puan Azura binti Mohd Aris, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Unit Teknologi Maklumat, Biro Pengaduan Awam (BPA) dan pegawai dari kedua-dua agensi.