Soalan Lazim   
|   Hubungi Kami   
 |  Aduan / Maklum Balas    
Peta Laman   

 

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BPA PAHANG

Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB), Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang, Bil.1 Tahun 2020 diadakan di perkarangan bangunan UTC Pahang pada 30 Januari 2020.

MESYUARAT BERSAMA PEGAWAI PENGURUSAN ADUAN DAN PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM NEGERI PERAK

Mesyuarat Bersama Pegawai Pengurusan Aduan dan Pegawai Perhubungan Awam Negeri Perak, Bil 1/2020 telah diadakan pada 4 Februari 2020.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Puan Norsham binti Abdul Rahman. Pada mesyuarat tersebut Biro Pengaduan Awam (BPA) Perak dijemput untuk membentangkan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
Hasil mesyuarat mendapati hampir kesemua Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah Tanah (PDT) dan Badan Berkanun bersetuju untuk menggunakan SISPAA.

Pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak memohon bantuan BPA untuk tujuan konfigurasi dan latihan SISPAA kepada semua pengguna bagi memastikan kelancaran penggunaannya setelah sistem ini diaplikasikan di negeri Perak.

TAKLIMAT PEMANTAPAN PENGURUSAN KES ADUAN BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MELAKA

Taklimat Pemantapan Pengurusan Kes Aduan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) kepada pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diadakan di Akademi JPJ Melaka pada 11 Januari 2020.
Taklimat disampaikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA.

PEMUKIMAN PEMERKASAAN PENGURUSAN ADUAN AWAM 2020

Pemukiman Pemerkasaan Pengurusan Aduan Awam 2020 telah diadakan di Aras 3, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri dari 13 hingga 17 Januari 2020.
Objektif pemukiman bertujuan untuk memantapkan aspek penyiasatan kes aduan Biro Pengaduan Awam (BPA) dan sebagai persediaan ke arah penubuhan Ombudsman Malaysia.
Seramai 35 peserta yang terdiri dari pegawai BPA Ibu Pejabat dan negeri hadir pada sesi pemukiman ini.

MESYUARAT BERSAMA JKR SELANGOR BERHUBUNG ISU KEROSAKAN SALURAN AIR DI FLYOVER

Mesyuarat pengurusan aduan berkaitan isu kerosakan saluran air di flyover Jalan Padang Jawa, Shah Alam oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor telah diadakan pada 4 Februari 2020.

Sesi dipengerusikan oleh Tuan Ir. Shahabuddin bin Mohd Muhayidin, Pengarah JKR Selangor dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA, Puan Wahidawatie binti Misdi, Pengarah BPA Selangor, Jurutera JKR Daerah Petaling, Jurutera JKR Daerah Klang, wakil syarikat konsesi Jutamart Sdn. Bhd dan pegawai-pegawai dari kedua-dua agensi.

CERAMAH WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 BERSAMA WARGA BPA

PUTRAJAYA, 10 Januari 2020- Ceramah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 kepada warga Biro Pengaduan Awam (BPA), Putrajaya diadakan di Aras 3, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri.
Ceramah disampaikan oleh Encik Wan Muhammad Najib bin Wan Ab Karim, Pengarah, Pejabat Pengurusan Projek Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR CONTOH PROJEK RINTIS SISTEM PERKHIDMATAN KAUNTER MENERUSI PENGAWASAN CCTV

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2020- Susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bil 1/2019 bagi kertas Penambahbaikan Sistem Perkhidmatan Kaunter Menerusi Pengawasan CCTV dan Rakaman Audio, Biro Pengaduan Awam (BPA) mengorak langkah dengan menjadikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) contoh kepada projek rintis tersebut.
Sebanyak 3 unit CCTV dipasang di Kaunter Khidmat Pelanggan, Jabatan Penguatkuasa DBKL dalam tempoh percubaan selama 3 bulan semasa projek rintis ini berjalan sebelum dipanjangkan kepada agensi dan jabatan lain.
Inisiatif pemasangan diketuai YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan para pegawai BPA Ibu Pejabat.

SEMINAR PENGURUSAN ADUAN AWAM TAHUN 2019

PUTRAJAYA, 12 Disember 2019- Seminar Pengurusan Aduan Awam bagi tahun 2019 anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) diadakan di Auditorium Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Penganjuran seminar yang berlangsung selama sehari bertujuan memperkasa pengurusan aduan, memaklumkan perkara-perkara terkini dan penyelesaian aduan berkualiti. Taklimat dan perkongsian kepada para peserta disampaikan oleh YBhg Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA.

Seramai 182 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Penyelaras Aduan dari pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan dan SUK Negeri menghadiri seminar ini.

HUBUNGI KAMI

BIRO PENGADUAN AWAM

Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3
Blok F10, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

 IMBAS / MUAT TURUN

     
 
Web Mobil   Respons Rakyat