Sorotan Lensa
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH BPA KEPADA MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Sebagai penutup Lawatan Kerja Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) ke Negeri Kelantan dan Terengganu, Datuk Akbar bin Haji Samon telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Menara MBKT pada 10 Februari 2026.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan secara umum berhubung trend aduan awam di bawah pengelolaan PBT MBKT, khususnya melibatkan isu kebersihan bandar, penyelenggaraan infrastruktur awam, pengurusan sisa pepejal serta aspek penguatkuasaan. Perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh tindakan susulan melalui pemantauan berjadual, penyelarasan respons yang lebih cekap serta penambahbaikan mekanisme maklum balas kepada pengadu.
Turut hadir pada sesi tersebut ialah Puan Norihah binti Abdullah, Pengarah BPA Negeri Terengganu & Kelantan serta para pegawai BPA.
