Accessibility Tools

TAJUK

TAKRIFAN ADUAN

Aduan Awam

"Aduan Awam" bermaksud pernyataan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap tindakan, amalan dan penyampaian perkhidmatan oleh agensi Kerajaan atau penjawat awam yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan/atau peraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa dan salah tadbiran.

Salah Tadbiran (Maladministration)

"Salah Tadbiran (Maladministration)" ertinya apa-apa tindakan yang diambil atau tindakan yang tidak diambil oleh badan awam kepada pengadu yang tidak mematuhi garis panduan, prosedur operasi standard badan awam atau melanggar mana-mana undang-undang yang memberi kuasa kepada badan awam.

Bukan Aduan Awam

"Bukan Aduan Awam" bermaksud maklum balas yang bukan berbentuk aduan iaitu pertanyaan, cadangan dan penghargaan. Selain itu, bukan aduan awam juga merujuk kepada apa-apa aduan yang tidak berkaitan dengan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Nota:  * Sumber Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022: Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam, 16 Februari 2022.