Sorotan Lensa
KURSUS PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFOMASI AIR (PETRA) 2026
Bahagian Pengurusan Aduan, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Pemantapan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang berlangsung pada 12 hingga 14 Februari 2026 di Hotel Cititel Pulau Pinang. Kursus ini disertai oleh 34 orang Pegawai Penyelaras Aduan (PPA) PETRA.
Kursus ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kefahaman PPA dalam pengurusan aduan awam melalui platform SISPAA PETRA. Puan Harizan binti Hussin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Aduan 1, BPA telah menyampaikan perkongsian komprehensif berkaitan kaedah pengurusan aduan menggunakan sistem tersebut.
Diharapkan ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam melaksanakan tugas dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan.
