Sorotan Lensa
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH BPA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) meneruskan lawatan kerja ke Negeri Terengganu dengan mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada 9 Februari 2026.
Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara BPA dan Kerajaan Negeri Terengganu, khususnya dalam mempertingkat penyelarasan pengurusan aduan awam antara peringkat Negeri dan Persekutuan. Usaha ini penting bagi memastikan setiap aduan rakyat dapat ditangani dengan lebih teratur, telus dan berkesan demi kualiti penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik.
Turut hadir pada sesi murni itu ialah Puan Norihah binti Abdullah, Pengarah BPA Negeri Terengganu & Kelantan dan para pegawai BPA.
