Sorotan Lensa
MAJLIS BACAAN YASIN DAN CERAMAH IHYA’ RAMADAN AL-MUBARAK 1447H
Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Ceramah Ihya’ Ramadan Al-Mubarak 1447H pada 13 Februari 2026 sebagai pengisian rohani sempena kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Majlis telah diketuai oleh Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM yang turut memimpin bacaan Yasin serta menyampaikan ceramah. Pengisian ini menjadi wadah persediaan rohani warga BPA dalam menyambut ibadah puasa, di samping mengingatkan kembali amalan-amalan yang digalakkan sepanjang bulan Ramadan.
Pada majlis yang sama, turut diadakan sesi simbolik pengagihan kurma oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Biro Pengaduan Awam (KESUMBA) kepada warga BPA Ibu Pejabat sempena ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
