Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH BPA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

 

Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim sempena Lawatan Kerja Ketua Pengarah ke Negeri Kelantan dan Terengganu yang berlangsung dari 7 hingga 10 Februari 2026.

 

Semasa kunjungan hormat tersebut, perbincangan menumpukan kepada pelbagai isu aduan awam dan aspek pengurusan aduan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara BPA dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, responsif dan berkesan.

 

Turut hadir pada perjumpaan itu adalah Dato' Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Timb. SUK (Pengurusan) dan Puan Norihah binti Abdullah, Pengarah BPA Negeri Terengganu & Kelantan.