Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

SINERGI BPA – AKSB DEMI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN LEBIH EFEKTIF


 

Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) sempena Lawatan Kerja Ketua Pengarah ke Negeri Kelantan dan Terengganu yang berlangsung dari 7 hingga 10 Februari 2026.

 

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk berkenalan serta merapatkan hubungan strategik antara BPA dan AKSB sebagai agensi yang bertanggungjawab mengurus dan membekalkan perkhidmatan air di Negeri Kelantan. Usaha ini sekali gus memperkukuh kerjasama antara agensi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan sentiasa berfokus kepada kepentingan awam. Turut serta pada sesi itu adalah Puan Norihah binti Abdullah, Pengarah BPA Negeri Terengganu & Kelantan serta para pegawainya.