Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

MEMACU PRESTASI CEMERLANG BPA MELALUI BENGKEL MYPERFORMANCE


 

Bengkel MyPerformance Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah dilaksanakan dengan jayanya selama dua (2) hari di Zenith Hotel Putrajaya pada 29 & 30 Januari 2026, melibatkan sesi pembentangan laporan penilaian prestasi oleh semua bahagian dan pejabat negeri.

 

Penilaian ini merangkumi aspek Sasaran Kerja Utama, Penglibatan dan Sumbangan, Nilai Sepunya, Kompetensi Tingkah Laku serta Kompetensi Fungsian sebagai kayu ukur prestasi warga kerja.

 

Kesemua bahagian dan negeri telah membentangkan pencapaian masing-masing sekali gus memastikan penilaian MyPerformance bagi tahun 2025 diselesaikan sepenuhnya dengan teratur dan sistematik.