Sorotan Lensa
LAWATAN TIMBAL BALAS JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD KEPADA BIRO PENGADUAN AWAM
16 Disember 2025 (Selasa) | Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia (JIPS, PDRM) telah mengadakan lawatan timbal balas ke Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) yang diketuai oleh SAC Tuan Azlan bin Abu, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) JIPS, PDRM.
Lawatan timbal balas ini telah disambut oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, JPM, bersama barisan pegawai kanan BPA dan bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara BPA dan JIPS PDRM, khususnya dalam aspek pengurusan aduan awam melibatkan Polis Diraja Malaysia. Satu sesi taklimat berkaitan fungsi dan peranan BPA turut diadakan, selain lawatan ke Bahagian Pengurusan Aduan BPA.
