Sorotan Lensa
MAJLIS BACAAN YASIN DAN SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT BPA TAHUN 2026
9 Januari 2026 (Jumaat) | Majlis Bacaan Yasin dan Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Tahun 2026 telah diadakan dengan penyertaan semua pegawai di Ibu Pejabat BPA bagi merapatkan ukhuwah serta memperkukuh semangat kebersamaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil, diikuti ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM. Majlis seterusnya diserikan dengan ceramah bertajuk “Menghayati Israk & Mikraj Dalam Kehidupan Penjawat Awam” yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Amin bin Ibrahim, Penolong Pengarah Unit Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Semoga penghayatan peristiwa agung ini terus memperkukuh keimanan serta menjadi pemangkin kepada kesejahteraan, kejayaan dan semangat berkhidmat cemerlang warga BPA, JPM sepanjang tahun 2026.
