Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

BIRO PENGADUAN AWAM MENYUNTIK SINERGI BAHARU MELALUI PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA 



 

13 Disember 2025 (Sabtu) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Kemudahan Infrastruktur Sekolah menerusi Program Sekolah Angkat MADANI Tahun 2025 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jasin, Melaka pada petang Sabtu.

 

Melalui peruntukan yang diluluskan bagi program Sekolah Angkat MADANI, BPA telah berjaya melaksanakan projek bantuan infrastruktur yang merangkumi:

• Pembekalan sebanyak 13-unit televisyen pintar (Smart TV) berserta kerja pendawaian terus ke 13 buah kelas terpilih

• Pemasangan kipas baharu bagi dua blok yang terlibat

• Pemasangan pintu gril serta kerja-kerja membaik pulih gril di bahagian tangga

• Penggantian pintu-pintu kelas yang baharu

 

Pelaksanaan projek ini memberi tumpuan kepada peningkatan kemudahan digital bagi menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Penyediaan Smart TV memperkasa pengajaran yang lebih interaktif dan moden, manakala pemasangan kipas baharu meningkatkan keselesaan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

 

BPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, PIBG, Alumni SMK Seri Mahkota, para guru, anggota kumpulan pelaksana serta komuniti sekolah yang telah memberikan kerjasama padu sehingga kejayaan program ini.