Sorotan Lensa
SESI LIBAT URUS BERSAMA AGENSI BAGI KES ADUAN KEROSAKAN JALAN DI KILANG
9 Disember 2025 (Selasa) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Negeri Selangor telah mengadakan sesi libat urus bagi membincangkan isu pertikaian antara agensi-agensi berkaitan aduan jalan rosak di lokasi berkenaan.
Hasil perbincangan, BPA dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan, longkang dan lampu di Jalan Kuari, Bukit Kapar, Klang akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil. 11/2025 MBDK pada 10 November 2025.
Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Badaruddin bin Kassim, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) BPA, JPM, dan turut dihadiri oleh pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor serta Pengarah dan pegawai BPA Selangor.
