Sorotan Lensa
MAJLIS PERHIMPUNAN BIRO PENGADUAN AWAM BIL. 3/2025: DEDIKASI DAN INSPIRASI
17 Disember 2025 (Rabu) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyampaikan amanat akhir tahun 2025 pada Majlis Perhimpunan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri Bil.3 Tahun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna, Blok F9, Kompleks F, Putrajaya.
Datuk Ketua Pengarah dalam amanatnya mengingatkan warga BPA, JPM agar terus komited dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan mengekalkan integriti dalam pengurusan aduan awam, selaras dengan aspirasi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) untuk menyediakan perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan responsif terhadap keperluan rakyat.
"Biro Pengaduan Awam akan terus memperkukuh komitmen dalam menyantuni rakyat melalui pelaksanaan inisiatif MADANI, penyelesaian aduan secara berkesan serta berhasrat memperkasakan peranan sebagai pusat rujukan dan latihan dalam pengurusan aduan," ucap Datuk Akbar dalam amanatnya.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil kepada peserta Program Internship Tenaga Pengajar Terlatih SISPAA 2025. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja BPA atas dedikasi dan komitmen berterusan, selaras dengan usaha memperkukuh tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dan berkesan.
