Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

KAMPUNG ANGKAT MADANI BIRO PENGADUAN AWAM PERKASA KAMPUNG SERI MINYAK, MELAKA

 

13 Disember 2025 (Sabtu) | Majlis Penyerahan Projek Program Kampung Angkat MADANI Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM di Masjid Al-Abrar, Kampung Seri Minyak, Melaka.

 

Menerusi peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan, terdapat empat (4) komponen utama yang telah dilaksanakan di Kampung Seri Minyak melibatkan kerja-kerja insfrastruktur dan pembangunan modal insan. Antaranya adalah:

• Pemasangan lampu jalan solar di sekitar kawasan kampung

• Menaik taraf dan membaik pulih Masjid Al-Abrar, Kampung Seri Minyak

• Membaik pulih gelanggang futsal Kampung Tersusun Taman Pahlawan

• Program AI Start Up dan Program Kem Pemantapan Jati Diri

 

Pelaksanaan projek ini turut mencerminkan keberkesanan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang menekankan penyampaian perkhidmatan lebih cekap, responsif dan berorientasikan rakyat. Penyelarasan rentas agensi, penggunaan sumber secara optimum serta penyelesaian isu secara pantas telah membolehkan projek di Kampung Seri Minyak dapat disiapkan lebih awal daripada jadual.

 

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pengurusan tertinggi BPA, jabatan dan agensi seperti Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka, Koridor Utiliti Melaka, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Seri Minyak serta Tenaga Nasional Berhad.

 

BPA merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh penduduk Kampung Seri Minyak, Melaka dan agensi kerjasama yang terlibat bagi menjayakan program ini.