Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

LAWATAN BALAS KETUA PENGARAH BPA KEPADA TIMBALAN SUK SARAWAK

 

21 November 2025 | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah mengadakan lawatan balas kepada YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) di Wisma Bapa Malaysia, Kuching. 

Pertemuan murni di Pejabat TSUK Sarawak itu menumpukan kepada perbincangan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan termasuk aspek penyelenggaraan perkhidmatan fasiliti bagi memantapkan pengurusan aduan menerusi platform TALIKHIDMAT dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) BPA. Selain itu, sesi diskusi juga memperjelaskan jurisdiksi pengkelasan aduan dengan penegasan bahawa setiap agensi bertanggungjawab memimpin penyelesaian aduan secara berkesan dan bersepadu. 

Turut hadir pada pertemuan itu adalah Pengarah BPA Negeri Sarawak dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
 
Terdahulu, YBhg. Datu Hii Chang Kee bersama delegasi UKAS telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat BPA, JPM pada 26 Februari yang lalu.