Sorotan Lensa
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BPA KE PEJABAT BPA NEGERI SARAWAK
20 November 2025 | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) bersama pegawai ibu pejabat telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat BPA Negeri Sarawak di bangunan UTC Kuching.
Kehadiran YBhg. Datuk Ketua Pengarah BPA disambut oleh YBrs. Encik Stevincent Freddy Baru, Pengarah BPA Negeri Sarawak bersama-sama para pegawainya. Sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Stevincent berkaitan pengoperasian di BPA Sarawak.
Turut diadakan sesi perbincangan ringkas serta lawatan kunjungan ke pejabat agensi-agensi di bangunan UTC tersebut seperti Klinik Kesihatan, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
