Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

KAUNTER ADUAN BERGERAK BIRO PENGADUAN @RISDA


 

18 November 2025 (SELASA) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyertai reruai pameran sempena Hari Integriti Dan Psikologi RISDA 2025 yang berlangsung di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur. 

YBrs. Puan Nor Hayati binti Abdul Shukor, Pengarah Bahagian Pengurusan Aduan telah mengetuai delegasi BPA, JPM bagi inisiatif Kaunter Aduan Bergerak dalam memberikan penerangan berkaitan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) serta mempromosikan aplikasi telefon pintar, Respons Rakyat (RR) kepada para pengunjung. 

Penyertaan ini selaras dengan komitmen BPA untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan memperkukuh budaya aduan yang sihat dalam usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.