Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

KUNJUNGAN HORMAT MATRADE KE BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI


 

14 November 2025 (Jumaat) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyantuni kunjungan hormat delegasi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang diketuai oleh YBrs. Encik Remee bin Yaakub, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik ke ibu pejabat BPA, JPM. 

Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan kecekapan pengurusan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). 

Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu, inisiatif dan penyelesaian proses aduan. Selain itu, kolaborasi strategik ini penting dalam usaha mempertingkat mutu perkhidmatan kepada rakyat dan sebagai platform bagi mengenal pasti lebih lanjut berhubung isu-isu aduan rakyat.