Sorotan Lensa
BENGKEL PEMBANGUNAN OACP BPA 2 TAHUN 2025
12-13 November 2025 (Rabu-Khamis) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Siri 2 Tahun 2025 bertempat di Tenera Hotel & Suites, Selangor dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM.
Bengkel OACP ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Syed Nasrun bin Syed Mohamad Nordin, Penguasa Bahagian Penyiasatan Tatakelola Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Puan Fadzillah binti Shamsuddin, Ketua Unit Integriti JPM. Bengkel ini juga telah melibatkan semua pegawai di setiap bahagian di Ibu Pejabat dan BPA Negeri dalam usaha memperkukuh tadbir urus, integriti dan ketelusan organisasi.
Pelaksanaan bengkel merupakan satu langkah penting ke arah penyediaan dokumen OACP yang menyeluruh, berstruktur dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memerangi rasuah secara holistik dan berkesan.
