Sorotan Lensa
KAUNTER ADUAN BERGERAK BIRO PENGADUAN AWAM SEMPENA HARI INTERGRITI ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
6 November 2025 (Khamis) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyertai reruai pameran sempena Majlis Sambutan Hari Integriti anjuran Jabatan Insolvensi Malaysia yang berlangsung di Dewan Saksama BHEUU melalui inisiatif Kaunter Aduan Bergerak (KAB).
Seramai enam (6) orang kakitangan BPA, JPM yang diketuai oleh Puan Harizan binti Hussin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Aduan 1, Bahagian Pengurusan Aduan telah hadir untuk memberikan khidmat nasihat dan memberi maklum balas kepada pengunjung. Agensi-agensi lain turut hadir ke reruai BPA bagi mendapatkan info berkaitan fungsi dan peranan BPA dalam mengendalikan aduan.
Penyertaan ini selaras dengan komitmen BPA untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan memperkukuh budaya aduan yang sihat dalam usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
