Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN ADUAN AWAM DAN SISPAA KEMENTERIAN EKONOMI


 

3-4 November 2025 (Isnin-Selasa) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah dijemput sebagai penceramah bagi pelaksanaan Kursus Pemantapan Pengurusan Aduan Awam dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi. Kursus ini telah diadakan di Hotel Everly, Putrajaya dan disertai seramai 52 orang Pegawai Penyelaras Aduan (PPA) dari Kementerian Ekonomi dan Pejabat Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Norhanizatuazwin binti Samsuni, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Unit Aduan 2) dari Bahagian Pengurusan Aduan BPA, JPM selaku penceramah utama dan dibantu oleh Puan Mastura Noraini binti Mohd Hassan serta Encik Muhammad Shahrulrizam bin Ibrahim. Turut hadir ke kursus itu, Encik Yusuff bin Abdul Latif, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Unit Aduan 3) BPA, JPM. 

Tujuan kursus adalah bagi memantapkan pengetahuan dan kefahaman PPA dalam mengurus aduan awam melalui platform SISPAA Kementerian Ekonomi selain turut menyampaikan perkongsian komprehensif berkaitan kaedah pengurusan aduan awam menggunakan SISPAA. Semoga ilmu dan latihan yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab khususnya dalam mengurus aduan awam dengan lebih cekap dan berkesan.