Sorotan Lensa
BENGKEL PENGGUNAAN SISPAA PENTADBIRAN AM JABATAN PERDANA MENTERI 2025
22–23 Oktober 2025 (Rabu–Khamis) | Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Tahun 2025 di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM telah dijemput untuk memberi ucapan aluan semasa sesi bengkel tersebut. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen dan penyertaan semua peserta, serta menekankan kepentingan bengkel ini sebagai platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuh kecekapan pengurusan aduan awam, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Bengkel ini disertai oleh pegawai penyelaras aduan dari pelbagai jabatan dan bahagian di bawah JPM. Sesi telah dikendalikan oleh Puan Nafisah binti Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Aduan dan dibantu oleh Puan Umi Norshamimi binti Mohd Kamal serta Puan Nor Artikah Dayini binti Mohamad Termizi selaku fasilitator. Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman mendalam mengenai tatacara asas penggunaan SISPAA bagi membantu peserta mengaplikasikan sistem ini dengan lebih berkesan dalam pengurusan aduan awam di jabatan masing-masing.
.
