Sorotan Lensa
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI
9 September 2025 (Selasa) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1447H/2025M bersamaan 16 Rabiulawal 1447H peringkat jabatan di Ibu Pejabat BPA, Kompleks F, Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM dan diikuti dengan alunan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan slot ceramah bertajuk 'Kunci Bahagia: Ikut Rasulullah SAW' yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Haris bin Jamil, Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Datuk Ketua Pengarah mengingatkan warga BPA bahawa sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar acara tahunan, tetapi menjadi wadah penting untuk memperbaharui tekad warga jabatan dalam mencontohi akhlak dan kepimpinan Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan serta tugas rasmi.
.
