Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 1447H/2025M

 

5 September 2025 (Jumaat) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) turut serta dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M yang berlangsung di MAEPS, Serdang dengan membawa semangat kesatuan dan perpaduan dalam mengangkat tema sambutan tahun ini, “Membangun Ummah MADANI”.

 

Kontinjen BPA, JPM telah diketuai oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah dan kakitangan bersama-sama ribuan peserta lain dalam perarakan berselawat yang bermula seawal jam 7.30 pagi. Semoga penyertaan pada program ini bukan sahaja dapat memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga jabatan, malah menjadi wadah menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.