Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI LIBAT URUS BIRO PENGADUAN AWAM KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI


13 Ogos 2025 (Rabu) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) dan delegasi telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Encik Mohamad Subhi bin Abdullah, Pegawai Daerah Dan Tanah Langkawi di Pulau Langkawi, Kedah. 

Seterusnya diadakan Sesi Libat Urus (SLU) BPA, JPM bersama Pejabat Daerah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Kedah bagi membincangkan aduan berkaitan kacau ganggu bau busuk dan pencemaran alam sekitar, serta mendapatkan maklum balas dan cadangan penyelesaian bersama. 

Moga usaha sama dan hubungan strategik ini mampu memperkukuh mutu perkhidmatan kepada rakyat serta berfungsi sebagai wadah untuk meneliti dengan lebih terperinci isu-isu aduan rakyat.

Turut hadir pada SLU ini ialah YBrs. Encik Abdul Hamid @ Hamid bin Haji Hassan - Pengarah BPA Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, YBrs. Dr. Ummi Sumilah Soraya binti Mohamad Johar - Ketua Bahagian Kesihatan Veterinar Kedah, Puan Nur Syatirah binti Ohtman - Pegawai Tadbir MPLBP serta para pegawai agensi berkaitan.