Sorotan Lensa
SESI LIBAT URUS BIRO PENGADUAN AWAM BERSAMA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN DAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH REMBAU
14 Ogos 2025 (Khamis) | Sesi Libat Urus (SLU) Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Rembau (PDTR) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dato’ Syahbandar, MBS bagi membincangkan penyelesaian aduan-aduan rakyat di sekitar Negeri Sembilan.
SLU ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) BPA yang telah dihadiri oleh pegawai-pegawai MBS, PDTS, PDTR, YBrs. Puan Nor Hayati binti Abdul Shukor - Pengarah Bahagian Pengurusan Aduan BPA, YBrs. Puan Joanna Jayaprakash - Pengarah BPA Melaka dan Negeri Sembilan, serta para pegawai BPA.
Sesi ini membincangkan kaedah terbaik yang boleh diguna pakai bagi mengurus dan menyelesaikan aduan disusuli dengan lawatan turun padang untuk meninjau lokasi aduan yang masih dalam siasatan.
Pihak BPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MBS dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha menyelesaikan aduan awam.
