Sorotan Lensa
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM KE ATAS KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN NEGERI SABAH
18 Julai 2025 (Jumaat) | Lawatan kerja rasmi YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) ke Negeri Sabah diakhiri dengan sesi kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Negeri Sabah.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan berkenaan pengurusan aduan terutamanya dari segi infrastruktur, kesihatan dan pendidikan di peringkat negeri serta tindakan yang diambil agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun di negeri tersebut.
Sesi perkongsian maklumat tersebut dapat menjana nilai tambah kepada kerajaan dalam merancang dasar, aktiviti pembangunan dan penyampaian perkhidmatan yang memberikan manfaat kepada rakyat.
Turut hadir pada sesi kunjungan hormat, pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Pengarah BPA Negeri Sabah serta pegawai-pegawai BPA
