Sorotan Lensa
MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PENGADUAN AWAM, BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 1 TAHUN 2025
28 Julai 2025 (Isnin) | Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Bilangan 1 Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Gerakan Khas, Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat JKTPA ini diadakan bagi membincangkan prestasi pengurusan aduan, penambahbaikan dan penyelesaian yang perlu dilaksanakan bagi suatu kes aduan.
YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM merangkap Setiausaha JKTPA telah membentangkan kes-kes aduan berkaitan dan operasi pengurusan aduan.
Turut hadir pada mesyuarat ini adalah YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi - Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato' Zamzuri bin Abdul Aziz - Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) seterusnya wakil-wakil Kementerian, Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
