Sorotan Lensa
AKTIVITI TURUN PADANG KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM DI NEGERI SABAH
Lokasi: Klinik Kesihatan Penampang
Tarikh: 17 Julai 2025 (Khamis)
Sesi Turun Padang (TUPA) di negeri Sabah telah diadakan oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) bersama agensi-agensi terlibat berkenaan dengan isu naik taraf dan fasiliti kesihatan di Klinik Kesihatan Penampang, Sabah.
Antara perbincangan bersama Pegawai Kesihatan dari Kawasan Penampang dan wakil Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah adalah bagi mengetahui status perancangan terkini projek menaik taraf kesihatan klinik tersebut. Rombongan BPA, JPM turut dibawa ke tapak klinik kesihatan baharu yang dirancang untuk dibangunkan.
