Sorotan Lensa
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BPA, JPM KE PEJABAT NEGERI SABAH
17 Julai 2025 (Khamis) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) bersama pegawai ibu pejabat telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat BPA Negeri Sabah.
Kehadiran YBhg. Datuk Ketua Pengarah BPA disambut oleh YBrs. Encik Mohammad Pauzi bin Jhumat, Pengarah BPA Sabah bersama-sama para pegawainya. Sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Pauzi berkaitan pengoperasian dan pengurusan aduan di BPA Sabah.
