Sorotan Lensa
SESI LIBAT URUS (1) KES-KES ADUAN BERSAMA JPN DAN JIM NEGERI SABAH
17 Julai 2025 (Khamis) | Sesi Libat Urus (SLU) bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat UTC Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM).
SLU ini diadakan bagi membincangkan aduan-aduan yang berkaitan dengan bidang kuasa dan seliaan agensi tersebut.
Turut hadir pada SLU ini adalah YBrs. Puan Ervinah Kebahi@Syarafina binti Ibrahim - Pengarah JPN Negeri Sabah, Encik Gary Belayong ak John Siki - Timbalan Pengarah JIM Negeri Sabah, YBrs. Encik Mohammad Pauzi bin Jhumat - Pengarah BPA Sabah serta para pegawai BPA.
BPA mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak JPN dan JIM Negeri Sabah dalam usaha untuk memastikan aduan yang diterima dapat diselesaikan dengan cepat dan teratur mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.
