Sorotan Lensa
SESI LIBAT URUS (2) KES-KES ADUAN BERSAMA KKDW NEGERI SABAH
17 Julai 2025 (Khamis) | Lawatan kerja ke negeri Sabah oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) diteruskan dengan mempengerusikan Sesi Libat Urus (SLU) bersama Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat KKDW, Kota Kinabalu.
SLU ini diadakan bagi membincangkan aduan-aduan berkaitan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di beberapa lokasi di dalam negeri Sabah.
Turut hadir pada SLU ini adalah YBrs. Encik Mohd Hamdani bin Sahari, Pengarah KKDW Negeri Sabah, YBrs. Encik Mohammad Pauzi bin Jhumat, Pengarah BPA Negeri Sabah dan para pegawai BPA.
BPA mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak KKDW Negeri Sabah di atas inisiatif yang progresif bagi menyelesai isu aduan rakyat berkaitan BELB tersebut.
