Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

BENGKEL PEMURNIAN KAMUS KATEGORI BAHARU ADUAN BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2025 SIRI 3



11 Jun 2025 (Rabu) | Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan (BPIP) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Kamus Kategori Baharu Aduan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Siri 3 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi yang telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah BPA, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), wakil Pengurus Aduan daripada Pihak Berkuasa Tempatan bertaraf Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Perbadanan seluruh Malaysia.

Antara tujuan sesi bengkel siri ketiga ini diadakan adalah bagi mendapatkan pandangan, ulasan serta pemahaman antara pegawai pengurus aduan peringkat PBT terhadap draf kamus kategori baharu aduan BPA, JPM.