Sorotan Lensa
KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI JAWATAKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR KE BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI
24 Jun 2025 (Selasa) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyantuni kunjungan hormat YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Haji Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi Sistem Aduan Negeri Johor (MyAduan) yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor. Dalam sesi ini, turut diadakan sesi perbincangan dan bertukar pendapat dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dan sebagai platform bagi membincangkan lebih lanjut mengenai isu-isu aduan rakyat.
