Sorotan Lensa
KUNJUNGAN HORMAT DAN MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PENGURUSAN ADUAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH BILANGAN 1 TAHUN 2025
10 Jun 2025 (Selasa) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah dijemput hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan Kementerian (JKTPAK) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bilangan 1 Tahun 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Mahmood, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) dan disertai oleh Pegawai Penyelaras Aduan (PPA) di Bilik Persidangan Bunga Raya, Aras 29, KKDW.
YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM juga telah membuat kunjungan hormat ke pejabat YBhg. Dato’ Dr. Roslan diringi oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat KKDW, Puan Nurhasnani binti Abdul Wahab dan Ketua Unit Aduan 5 BPA, Puan Norzaitul Ikma binti Zainuddin. Mesyuarat JKTPAK ini diadakan bagi membincangkan prestasi pengurusan aduan KKDW dan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di peringkat Kementerian.
