Sorotan Lensa
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI KE INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD, POLIS DIRAJA MALAYSIA
18 Jun 2025 (Rabu) | Kunjungan hormat telah diadakan oleh YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia (JIPS PDRM) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Turut hadir pada pertemuan ini ialah YBrs. Puan Nor Hayati binti Abdul Shukor, Pengarah Bahagian Pengurusan Aduan dan barisan pegawai dari Ibu Pejabat BPA, JPM serta wakil daripada Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama di antara pihak BPA dan JIPS PDRM terutamanya dalam konteks pengurusan aduan awam PDRM. Satu sesi taklimat mengenai peranan JIPS PDRM turut disampaikan oleh YDH DCP Thaipul Bahri bin Mokhtar, Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS PDRM. Delegasi BPA turut membuat lawatan ke Cawangan Pengurusan Aduan JIPS PDRM.
