Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

BIRO PENGADUAN AWAM RAIKAN PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PENGHARGAAN 



23 Mei 2025 (Jumaat) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi BPA Tahun 2025 bagi menghargai dan mengiktirafkan pencapaian prestasi, komitmen yang berterusan serta sumbangan berharga kakitangan BPA Ibu Pejabat dan Negeri kepada kecemerlangan organisasi. 

Seramai 14 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diberikan penghargaan berdasarkan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2024 manakala Anugerah Penghargaan pula diberikan kepada dua (2) orang kakitangan BPA yang bakal bersara. Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencurahkan bakti dengan penuh disiplin, integriti dan profesionalisme.