Sorotan Lensa
BENGKEL PEMURNIAN KATEGORI BAHARU ADUAN BIRO PENGADUAN AWAM JABATAN PERDANAN MENTERI TAHUN 2025 SIRI 2
30 April 2025 (Rabu) | Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan (BPIP) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Kategori Baharu Aduan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Siri 2 di Hotel Everly, Putrajaya yang telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah BPA, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), wakil Pengurus Aduan daripada Bahagian Aduan, BPIP serta wakil pengurus aduan dari Kementerian dan Kerajaan Negeri.
Antara tujuan sesi bengkel siri kedua ini diadakan adalah bagi mendapatkan pandangan, ulasan serta pemahaman antara pegawai pengurus aduan peringkat Kementerian dan Kerajaan Negeri terhadap draf kamus kategori baharu aduan BPA, JPM.