Sorotan Lensa
KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH BIRO PENGADUAN AWAM 2025
6-8 Mei 2025 (Selasa–Khamis) | Unit Sumber Manusia dan Integriti, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah bertempat di Dewan Serbaguna Blok F9, Kompleks F, Putrajaya.
Kursus ini menyasarkan kumpulan pelaksana Gred 1 hingga 8, dan bertujuan memperkukuh kefahaman serta komitmen terhadap amalan tadbir urus yang baik, nilai integriti yang tinggi serta usaha pembanterasan rasuah dalam perkhidmatan awam.
Sesi perkongsian telah dikendalikan oleh Encik Firdaus Bin Umar @ Adli, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan para pegawainya.
YBhg. Datuk Akbar Bin Haji Samon, Ketua Pengarah BPA, JPM turut hadir untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan kursus tersebut. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan integriti sebagai tunjang perkhidmatan awam serta menyeru semua penjawat awam agar terus menjadi benteng utama dalam memerangi rasuah.
Adalah diharapkan kursus ini dapat menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja BPA dan meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.