Sorotan Lensa
MESYUARAT PENYELARASAN DAN PENGEMASKINIAN SISPAA PERBADANAAN PUTRAJAYA
09-11 Mei 2025 (Jumaat - Ahad) | Bahagian Pengurusan Aduan, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah dijemput hadir dalam Mesyuarat Penyelarasan dan Pengemaskinian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Perbadanan Putrajaya (PPj). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Shamshul Joehari bin Zainal Mokhtar, Naib Presiden Kanan PPj dan disertai oleh Pegawai Penyelaras Aduan (PPA) dari PPj.
Mesyuarat yang diadakan di Taiping, Perak ini telah memberi ruang kepada wakil BPA iaitu Puan Norzaitul Ikma binti Zainuddin, Ketua Unit Aduan 5, untuk menyampaikan penerangan mengenai pengurusan aduan dan penambahbaikan yang boleh dicadangkan kepada pihak PPj bagi memantapkan penggunaan SISPAA PPj. Selain itu, perkongsian komprehensif berkaitan modul-modul SISPAA diharapkan dapat memantapkan pengetahuan serta kefahaman PPA dalam mengurus aduan awam melalui platform SISPAA PPj.