Sorotan Lensa
KURSUS PENGURUSAN ADUAN AWAM DAN SISPAA KEMENTERIAN KERJA RAYA
20-21 Mei 2025 (Selasa-Rabu ) | Bahagian Pengurusan Aduan, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah dijemput oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai penceramah bagi Kursus Pengurusan Aduan Awam dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKR. Kursus ini telah dihadiri seramai 30 peserta yang terdiri daripada pegawai penyiasat, penyelia dan penyelaras aduan dari pelbagai jabatan dan agensi di bawah KKR.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Norhanizatuazwin binti Samsuni, Ketua Unit Aduan 3, dengan bantuan fasilitator Puan Noorhafizah binti Mohd Nasir dan Puan Norazizan binti Mohammad. Tujuan utama kursus ini adalah untuk menyampaikan perkongsian berkaitan kaedah pengurusan aduan awam yang berkesan serta memberikan pendedahan kepada modul-modul yang terdapat di dalam SISPAA.