Accessibility Tools

Sorotan Lensa 

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) JABATAN PERUMAHAN NEGARA, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN



14 - 16 Mei 2025 (Rabu-Jumaat) | Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) bersama Jabatan Perumahan Negara (JPN) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan SISPAA JPN, KPKT 2025 yang melibatkan 24 peserta bertempat di Hotel Copthorne, Cameron Highlands.

Bengkel selama tiga (3) hari ini telah dikendalikan oleh Puan Harizan binti Hussin, Ketua Unit Aduan 2 sebagai penceramah dan dibantu oleh Puan Norashikin binti Zainal, Penolong Pegawai Tadbir Unit Aduan 2 serta Puan Norazizan binti Mohammad, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, selaku fasilitator yang bertujuan memberi pengetahuan kepada pegawai penyelia dan penyiasat untuk mengaplikasikan tatacara penggunaan SISPAA dengan lebih jelas dan mudah dalam mengurus aduan awam.