Sorotan Lensa
BIRO PENGADUAN AWAM ANJUR KURSUS MINDA SEJAHTERA BUAT KALI PERTAMA
24-26 April 2025 (Khamis-Sabtu) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah merasmikan Kursus Minda Sejahtera Siri Satu yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Hotel Sama-Sama KLIA, Sepang.
Kursus yang julung kali diadakan ini telah menghimpunkan seramai 28 peserta, terdiri daripada 22 pegawai dari ibu pejabat dan enam pegawai dari BPA Negeri Selangor.
Penceramah kursus, Puan Masyitah binti Minhad, Pegawai Psikologi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang berkongsi input bermanfaat berkaitan kunci kesejahteraan mental dan kepentingan komunikasi berkesan dalam penjawat awam.
Antara pengisian menarik kursus ini termasuk lawatan berpandu yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah BPA, JPM bersama YBrs. Tuan Noruladzim bin Ateman, Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) KLIA, YBrs. Puan Marie Ajeng, Ketua Imigresen Terminal 1 serta barisan hadapan Imigresen yang turut memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi.
Semoga kursus ini dapat terus memperkasa kesejahteraan mental warga BPA, JPM ke arah perkhidmatan awam yang lebih cemerlang dan berdaya saing.
